Flow -  Progress

March 2018

Thursday, 1 March 2018

Rujukan



Rujukan
I.Asmahan Mokhtar & Nurshahiza Binti Mohamad Isa. Pengurusan Dalam Islam . Oxford Fajar Sdn. Bhd.

II.Nurshahiza Binti Mohamad Isa & Rosmawati Binti Razak & Mohamad Suhaimi Bin Ismail. Pengurusan Dalam Islam.

III.Azman Che Omar . Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam.

Rumusan


Rumusan
Kesimpulannya, daripada bab prinsip dan perancangan operasi yang telah saya kaji ini, saya dapat simpulkan bahawa seorang majikan haruslah menunjukkan sifat yang adil kepada pekerjanya supaya tidak berlaku pilih kasih antara majikan dan pekerja. Hal ini menunjukkan seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membentuk sesebuah organisasi yang adil. Untuk mendidik pekerja yang rajin dalam melakukan tugas bermula daripada seorang ketua yang rajin dalam memberi arahan. Maka, sesebuah organisasi akan berjalan dengan lancar dan saksama.

Peranan untuk memastikan para pekerja melaksanakan perancangan dan prinsip operasi.


iii. Jika anda sebagai seorang majikan dalam sebuah organisasi, terangkan peranan anda untuk memastikan para pekerja membantu melaksanakan perancangan dan prinsip operasi organisasi

Jika saya seorang majikan, peranan saya ialah saya akan sentiasa memperingati diri saya dan para pekerja saya mengenai perancangan dan prinsip operasi organisasi kerana lumrah manusia yang sentiasa akan lupa. Sekiranya lupa atau tidak tahu, mereka digalakkan untuk bertanya kepada yang lebih tahu. Firman Allah S.W.T dalam Surah An Nahlu ayat 43:

 فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


maksudnya : " Oleh itu bertanyalah kamu ( wahai golongan musyrik ) kepada orang orang yang lebih berpengetahuan agama jika kamu tidak tahu "



Selain itu, saya akan memastikan individu yang berada di dalam organisasi tersebut perlu mengetahui dan mempraktikkan segala prinsip dan perancangan agar ianya selari dengan diri dan secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi dari masa ke semasa. sekiranya setiap individu di dalam organisasi mengetahui perancangan dan prinsip operasi organisasi tersebut, segalanya akan berjalan dengan lancar dan lebih efektif.

Sebagai majikan, saya akan menyediakan perancangan yang lebih teratur dan strategik untuk menjamin masa depan syarikat atau sesebuah organisasi. Sekiranya perancangan dalam organisasi itu diatur dengan stratergik, ia mempunyai masa depan yang cerah untuk berjaya. 

Seterusnya, saya akan menyediakan dasar mengenai kesihatan untuk para pekerja saya dari pihak atasan sampai ke pihak bawah supaya semua yang berada di dalam organisasi pentadbiran saya sentiasa dalam keadaan sihat. Kesihatan para pekerja saya akan dirawat oleh pihak kesihatan 3 bulan sekali kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Akhir sekali, saya juga akan menyediakan dan menyelenggara tempat kerja dan sistem kerja supaya ianya berada dalam keadaan yang baik dan selamat. perkara ini dapat meyakinkan individu didalam organisasi saya untuk berkerja dengan lebih selesa.

Kepentingan perancangan dan prinsip operasi.


ii. Huraikan kepentingan perancangan dan prinsip operasi kepada sesebuah organisasi


Beberapa kepentingan yang akan memudahkan semua pihak dalam perancangan dan prinsip operasi:

  • Menjadi landasan untuk organisasi bergerak.
  • Semua ahli tahu apa yang patut disumbangkan untuk mencapai objektif/ matlamat organisasi.
  • Dijadikan rujukan untuk memudahkan pengurus menilai pencapaian sebenar jabatan masing-masing.
  • Menjadikan rujukan untuk langkah-langkah pembetulan sekiranya terdapat plan perlaksanaan yang terdapat kesalahan dan perlu untuk membetulkan dari rancangan asal organisasi.
  • Perancangan menjadi asas kepada sistem kawalan dalam organisasi.
  • Memudahkan pihak pengurusan untuk membuat pilihan dan keputusan yang tepat.
  • Dapat menyelesaikan kekeliruan dan melicinkan penyelarasan perlaksanaan tindakan.
  • Membantu organisasi mengenalpasti persaingan dan peluang dalam pasaran.
  • Mengurangkan risiko kegagalan
  • Dapat mengurangkan risiko pelaksanaan kerja berulang kali yang merugikan kos, masa dan sumber.
  • Membantu pengurus membuat keputusan yang tepat.
  • Membudayakan pengurus dan warga organisasi untuk melihat jauh kehadapan.

Pengantar pengurusan proses perancangan mempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagaimana huraian berikut:

Pertama – Tumpuan & Kelenturan
Proses perancangan jika diuruskan dengan baik dapat membantu organisasi mencapai prestasi yang lebih baik kerana:
  • Perancangan adalah adalah proses yang berorientasikan hasil dan membantu mewujudkan gerak kerja untuk  mencapai prestasi tertinggi di dalam organisasi
  • Proses perancangan dapat membantu pihak pengurusan tertinggi organisasi untuk memastikan perkara yang paling utama mendapat perhatian terlebih dahulu.
  • Perangkaan pelan perancangan membolehkan pelbagai jenis sumber disusun dan diagihkan ke seluruh organsasi.
  • Proses perancangan membolehkan organisasi mengenalpasti masalah dan merangka cara  untuk menghadapinya.

Kedua  – Meningkatkan penyelarasan
Perancangan disusun dan diatur bertujuan untuk mencapai sesuatu sasaran. Malah penetapan sasaran adalah langkah pertama, sebelum perancangan dirangka. Matlamat yang ditetapkan mencerminkan pengisian sebenar visi dan misi organisasi. Matlamat memudahkan semua pihak dalam organisasi memahami apakah yang ingin dicapai oleh organisasi berkenaan. Pemahaman sebegini penting, kerana semua tindakan yang disusun akan menjurus kepada pencapaian matlamat ini.


Matlamat ini merupakan rangka arah tuju seluruh organisasi. Matlamat ini adalah tiang-tiang yang perlu dibina oleh seluruh warga organisasi untuk menopang bumbung visi dan misi organisasi. Matlamat merupakan ‘masterplan’ kepada organisasi. Perancangan merupakan ‘blue-print’ untuk merealisasikannya. Tanpa perancangan, seluruh organisasi hilang arah panduan. Tanpa perancangan, segala arahan kerja tidak mempunyai ‘rohnya’ yang tersendiri.

Ketiga – Pengurusan Masa
Menurut Jaafar Muhammad, Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makbul, perancangan yang diuruskan dengan baik akan dapat membantu organisasi mengurus masanya dengan baik. Mereka  turut menggariskan beberapa  panduan dalam pengurusan masa seperti berikut :
  • Berkata tidak pada pengurusan yang tidak mustahak
  • Jangan terperangkap dalamrutin organisasi.
  • Wujudkan cara menapis panggilan telefon yang diterima
  • Jangan habiskan masa yang panjang dengan mereka yang tiada temujanji.
  • Buat senarai keutamaan untuk tugas mengikut kepentingan dan keperluan.
  • Laksanakan tugas mengikut apa yang dirancangkan.
Keempat – Memperbaiki Kawalan

Langkah-langkah dan tindakan perlaksanaan wujud hasil dari ‘outcome’ perancangan. Setiap langkah dan tindakan perlaksanaan akan melalui proses pemantauan. Proses pemantauan ini merupakan salah satu dari mekanisme kawalan yang amat berkesan. Tujuan pemantauan amat mudah, ia diwujudkan agar tindakan dilaksanakan mengikut perancangan dan hasilnya tidak tersasar dari matlamat yang telah digariskan.

Pemantauan memudahkan pengurus mengukur perkembangan tindakan perlaksanaan. Malah pemantauan memudahkan pasukan pelaksana mengesan sekiranya terdapat kesilapan dan seterusnya tindakan pembetulan dapat segera dilancarkan.

Perancangan juga memudahkan pihak pelaksana mengawal sumber bagi mengelakkan sumber yang diagihkan tidak mencukupi atau berlebihan. Perancangan juga membantu melicinkan proses kawalan kualiti ‘out-put’ organisasi dengan mekanisme kawalan kualiti yang tersusun dan sistematik.