i. Jelaskan jenis/bahagian
prinsip dan perancangan operasi beserta contohnya.
Prinsip dan perancangan operasi ialah
tanggungjawab semua kepada pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan
mahupun peringkat penyeliaan. Selain itu, perancangan strategik dibuat untuk
mencapai objektif organisasi. Prinsip dan perancangan operasi dibuat dengan
menyediakan butiran tertentu bagi mencapai perancangan strategik tersebut.
Prinsip dan perancangan operasi terbahagi dua:
- Rancangan untuk tujuan tertentu.
- Rancangan kekal yang bertujuan untuk
menyelaraskan dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan.
RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU
Rancangan ini mengandungi
program,projek dan belanjawan untuk aktiviti tertentu. Setelah program
tamat,rancangan ini dibubarkan dan akan diwujudkan semula apabila terdapat
program baharu.
Program – mengandungi dan menerangkan
secara aktiviti menyeluruh yang akan dijalankan. Contohnya, setiap langkah yang
perlu diikuti oleh kakitangan yang dipertanggungjawab melalui jadual penyediaan
program.
Projek – tugas-tugas kecil di dalam
program yang menunjukkan kakitangan tertentu yang telah dipertanggungjawab.
Belanjawan – merupakan satu alat untuk
mengawal perjalanan aktiviti supaya dapat mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.
RANCANGAN KEKAL
Rancangan kekal ini berlaku apabila
perancangan operasi melibatkan pengawalan perjalanan aktiviti akan dibuat
melalui dasar,tatacara dan peraturan yang ditetapkan.
Dasar - panduan ditetapkan oleh pihak
pengurusan atasan, untuk membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian bagi
mengelakkan konflik dan kekeliruan yang mungkin timbul pada peringkat bawahan
Prosedur yang selaras – tatacara atau
kaedah menerangkan cara untuk menjalankan tugas agar kakitangan dapat
melaksanakan tugas dengan seragam.
Peraturan – satu penyataan untuk
mengawal sesuatu tindakan itu boleh dibuat atau tidak. Contohnya, ‘KAWASAN INI
ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK’ merupakan satu peraturan yang dikenakan kepada
pihak tertentu atau orang ramai,
Oleh itu, perancangan jangka panjang
dan jangka pendek mempunyai hubungan yang erat dan saling berkaitan untuk
mencapai matlamat sesuatu bahagian dan kumpulan dalam organisasi.
KETAATAN PADA ORGANISASI
Ketaatan kepada organisasi merujuk
kepada ketaatan kerja seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus
kepada ketuanya.Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah
daripada pengurus tersebut tidak bercangganggah dengan islam, maka menjadi
kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
Ketaatan kepada pemimpin ini dapat
diambil daripada firman Allah s.w.t :
maksudnya: " wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'ulil-Amri' (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu
berbantah-bantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-quran) dan (sunnah) Rasul-Nya jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah
lebih baik(bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya." (surah al-nisa 4:59)
Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan
kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat.
Sementara ketaatan yang lain mempunyai syarat tersendiri selagi tidak
bercanggah dengan arahan Allah dan Rasul-Nya.
Ketaatan kepada organisasi dapat
dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu:
Kesetiaan
kepada organisasi
Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya, ia tidak boleh:
- Mengambil tindakan yang boleh
menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
- Membuat keputusan yang mungkin membawa
kepada kerugian syarikatnya.
- Membelakangkan kepentingan
organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain.
- Bekerja dengan dua organisasi yang
berbeza dalam satu-satu masa tertentu
Kepatuhan kepada disiplin
Kepentingan disiplin sememangnya tidak
dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar. Organisasi
perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang
bekerja didalamnya. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan menjadi kacau bilau
yang akibatnya akan dimusnahkan organisasi. Setiap pengurusan diamanahkan oleh
majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan yang
berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan pengurus itu sendiri.