Flow -  Progress

Jenis/bahagian prinsip dan perancangan operasi

Monday, 26 February 2018

Jenis/bahagian prinsip dan perancangan operasi


i. Jelaskan jenis/bahagian prinsip dan perancangan operasi beserta contohnya.

Prinsip dan perancangan operasi ialah tanggungjawab semua kepada pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan. Selain itu, perancangan strategik dibuat untuk mencapai objektif organisasi. Prinsip dan perancangan operasi dibuat dengan menyediakan butiran tertentu bagi mencapai perancangan strategik tersebut. Prinsip dan perancangan operasi terbahagi dua:
  • Rancangan untuk tujuan tertentu.
  • Rancangan kekal yang bertujuan untuk menyelaraskan dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan.

RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU
Rancangan ini mengandungi program,projek dan belanjawan untuk aktiviti tertentu. Setelah program tamat,rancangan ini dibubarkan dan akan diwujudkan semula apabila terdapat program baharu.
Program – mengandungi dan menerangkan secara aktiviti menyeluruh yang akan dijalankan. Contohnya, setiap langkah yang perlu diikuti oleh kakitangan yang dipertanggungjawab melalui jadual penyediaan program.
Projek – tugas-tugas kecil di dalam program yang menunjukkan kakitangan tertentu yang telah dipertanggungjawab.


Belanjawan – merupakan satu alat untuk mengawal perjalanan aktiviti supaya dapat mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.

RANCANGAN KEKAL


Rancangan kekal ini berlaku apabila perancangan operasi melibatkan pengawalan perjalanan aktiviti akan dibuat melalui dasar,tatacara dan peraturan yang ditetapkan.
Image result for rancangan kekal 

Dasar - panduan ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan, untuk membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan konflik dan kekeliruan yang mungkin timbul pada peringkat bawahan
Prosedur yang selaras – tatacara atau kaedah menerangkan cara untuk menjalankan tugas agar kakitangan dapat melaksanakan tugas dengan seragam.
Peraturan – satu penyataan untuk mengawal sesuatu tindakan itu boleh dibuat atau tidak. Contohnya, ‘KAWASAN INI ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK’ merupakan satu peraturan yang dikenakan kepada pihak tertentu atau orang ramai,


Oleh itu, perancangan jangka panjang dan jangka pendek mempunyai hubungan yang erat dan saling berkaitan untuk mencapai matlamat sesuatu bahagian dan kumpulan dalam organisasi.

KETAATAN PADA ORGANISASI


Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan kerja seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercangganggah dengan islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.

Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil daripada firman Allah s.w.t : 
Image result for surah an nisa 4 59
maksudnya: " wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'ulil-Amri' (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-quran) dan (sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik(bagi kamu), dan lebih  elok pula kesudahannya." (surah al-nisa 4:59)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan yang lain mempunyai syarat tersendiri selagi tidak bercanggah dengan arahan Allah dan Rasul-Nya.

Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu:

Kesetiaan kepada organisasi
Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya, ia tidak boleh:
  • Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
  • Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
  • Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain.
  • Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa tertentu

Kepatuhan kepada disiplin
Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja didalamnya. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan menjadi kacau bilau yang akibatnya akan dimusnahkan organisasi. Setiap pengurusan diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan pengurus itu sendiri.

0 comments :

Post a Comment